Thursday, 20 September 2012

Harga Lembu Korban 2012 - Bulan September


Kami dengan sukacitanya menawarkan kepada anda semua, pembeli yang budiman, lembu korban dengan harga untuk September 2012 seperti berikut:
Gred
Berat (Kg)
Purata Berat
head
A
301-350
350
3250
B
251-300
300
2850
C
200-250
250
2450
D
200 ↓
200
2250

Terdapat Lembu KK, Brahman Cross dan kampung.

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Sani 012-5394534 atau email sani@klpk.com.my

Pembelian dalam tunai. Diskaun akan diberikan untuk pembelian dua ekor ke atas.

Tertakluk kepada keberadaan stok. T&C Apply.

Friday, 20 July 2012

Kemasukan lembu EPP 2012


 Pada 4 JULAI 2012, LTSSB telah menerima 200 ekor lembu betina Brahman dan 10 ekor pejantan baka sama dibawah program EPP5: Peternakan dalam tanaman kekal. Lemb-lembu ini akan dibiakkan di bawah tanaman getah bagi temoh 2012-2022 (10 tahun). Sasaran projek untuk menghasilkan anak-anak lembu bermutu dimana jantan akan digemukkan dalam fidlot dan betina akan dipilih sebagai "heifer".

Kerja-kerja pembersihan kandang dan disinfeksi sebelum ketibaan lembu
 Sebelum ternakan diterima, kandang kuarantin dibersihkan dan disinfeksi bagi memastikan tahap kebersihan maksimum. Dimaklumkan bahawa ternakan dari Australia ini "naive" dan mudah jatuh sakit jika keadaan persekitaran kurang bersih.

Ternakan sampai dan "parking" untuk pemeriksaan JPV di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam



Lapan buah lori (7 treler & 1 lori kecil) digunakan
 Ternakan ini tiba ke Malaysia melalui Pelabuhan Klang dan dihantar terus untuk kuarantin di LTSSB.
Ternakan tiba dalam keadaan baik. Berat purata betina 300kg manakala jantan 350kg
Ternakan sedang menyesuaikan diri dengan iklim Bukit Kayu Hitam yang panas dan lembap.



Pegawai Veterinar sedang melakukan pemilihan ternakan untuk sampel darah selain suntikan P1 untuk vaksin FMD
Unit Kesihatan JPV datang mengambil sampel darah untuk ujian FMD / HENDRA

Bleeding oleh Pegawai Veterinar pada lembu yang dipilih secara rawak

coccygeal Bleeding lebih mudah jika berpengalaman



Semasa vaksinasi P2 pada 18 Julai 2012. Pegawai sedang makan tengah hari sebelum menyambung tugasan



Diharap dengan adanya projek pembiakan lembu EPP ini mampu menampung kekurangan lembu yang diimport dari Thailand selain meningkatkan populasi ternakan di Malaysia.



Wednesday, 29 February 2012

Jualan Runtuh Lembu Brahman Cross











Baka: Brahman Cross Jantan
Berat: 300-420kg
Umur: 1 1/2 tahun - 2 Tahun
Makanan: Rumput Napier, guinea, ruzy, Dedak PKP, Petai Belalang, Cip Ubi Kayu, TMR
Harga Jualan: RM8.20/kg timbangan hidup individu (seekor-seekor, bukannya timbangan lori. Wakil mesti hadir untuk pengesahan timbangan)
Bil. Ditawarkan: 35 ekor
Nota: Harga tidak termasuk kos pengangkutan dan permit JPV (Ditanggung sepenuhnya oleh Pembeli)

Berminat sila hubungi: Mohd Sani Putra - 012-5394 534

Tuesday, 13 September 2011

Lembu Kuarantin Masuk (Isnin 12 September 2011)

Lembu sebanyak 204 ekor masuk ke dalam kuarantin LTSSB. Tempoh kuarantin selama 11 hari dan dijangka berakhir pada Khamis 22 September 2011.
Sebanyak 3 buah lori (Enam gerabak) masuk seawal 9 pagi.

Lembu saiz ini akan dijual RM2400 seekor (290kg). Neg

yang kecil sedikit dengan purata berat 250kg akan dijual RM2250 seekor neg.

Lembu yang baru masuk dan terpinga-pinga dengan persekitaran barunya.

Perhatikan keadaan kakinya yang bersih dan bebas dari sebarang luka dan lebam. InsyaAllah bebas dari FMD

En Roslilan sedang mengira bilangan lembu. Bandingkan saiz beliau yang hanya seberat 46kg dan lembu.

En Roslilan dan lembu-lembunya

Drebar Siam sedang menurunkan lembu dari gerabak yang mampu memuatkan sekitar 32-45 ekor bergantung kepada saiz

Sunday, 11 September 2011

Lembu Fidlot LTSSB 2011

Lembu fidlot (Gambar Jun-Ogos 2011)

Lembu kecil di hadapan itu sebenarnya anak lembu yang masuk bersama ibunya yang dipindah sementara dari Ladang Hosba

Lembu yang belum cukup umur dijual pada RM8.00/kg (harga semasa pada 11/9/2011).

Brahman Cross dengan berat purata 250kg

Lembu Kuarantin keluar Khamis 8 November 2011

    
Lembu yang akan dipindahkan ke fidlot dikumpul dalam kawasan kuarantin terlebih dahulu

Lembu-lembu akan melalui jalan yang dikawal dan tertutup untuk memudahkan perjalanan ke fidlot

Purata berat dalam 220-230kg (anggaran pada pandangan kasar)

Lembu dalam perjalanan ke fidlot. Bangunan di belakang adalah stor (kiri) dan pejabat pentadbiran (kanan)

Lembu ini untuk dipasarkan keluar terus. Setiap lembu diperiksa keadaan fizikalnya dan dan ditag (RFID) setiap seekor.

Lembu di dalam laluan keluar (travis) untuk ditag dan dipindahkan ke dalam lori.
Lembu dikuarantin selama 11 hari (28 Ogos-8 Sept 2011). Sebanyak 220 ekor disahkan untuk keluar selepas 10% dari jumlah itu telah dikoyak mulut untuk dipastikan bebas dari FMD. Jualan di kuarantin adalah berdasarkan lot dimana seekor dijual RM1850 tidak termasuk kos penghantaran dan permit.

Kemasukan seterusnya pada Isnin ini (12 September 2011).

Saturday, 20 August 2011