Sunday 10 March 2013

Silaj Napier dan Jagung

LTSSB turut menjual silaj napier dan jagung (dalam 2-layer bag). Campuran silaj kami terdiri dari foraj segar (MC35-45%) yang di"chopped" dan dicampur dengan molasses pekat. Jualan samada satu bag atau satu treler akan dilayan, InsyaAllah. Penghantaran ke tempat anda juga boleh dirunding. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan En. Faizul 012-573 7033.

 Berikut adalah gambar-gambar semasa pemprosesan silaj tersebut:

Saturday 9 March 2013

Lawatan Pelabur dari Samyang, Korea Selatan

Pada Jumaat, 8 Feb 2013, satu lawatan teknikal dari pihak Samyang Genex telah diadakan untuk meninjau peluang kerjasama untuk projek penanaman ubi kayu. Pihak MIDA Kedah turut bersama dalam perbincangan sebagai pemudahcara. Diharap perbincangan dapat dimuktamadkan dan pelaburan dapat dibawa ke negeri Kedah.
En. Ardi, wakil dari MIDA Kedah turut hadir semasa pembentangan
Pembentangan dari wakil Samyang Genex tentang pengembangan operasi di Malaysia
Wakil Samyang Genex yang hadir
Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan. Fasiliti di belakang adalah Stesen Kuarantin Haiwan Sementara (SKHS) LTSSB