Showing posts with label lawatan. Show all posts
Showing posts with label lawatan. Show all posts

Saturday, 9 March 2013

Lawatan Pelabur dari Samyang, Korea Selatan

Pada Jumaat, 8 Feb 2013, satu lawatan teknikal dari pihak Samyang Genex telah diadakan untuk meninjau peluang kerjasama untuk projek penanaman ubi kayu. Pihak MIDA Kedah turut bersama dalam perbincangan sebagai pemudahcara. Diharap perbincangan dapat dimuktamadkan dan pelaburan dapat dibawa ke negeri Kedah.
En. Ardi, wakil dari MIDA Kedah turut hadir semasa pembentangan
Pembentangan dari wakil Samyang Genex tentang pengembangan operasi di Malaysia
Wakil Samyang Genex yang hadir
Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan. Fasiliti di belakang adalah Stesen Kuarantin Haiwan Sementara (SKHS) LTSSB

Thursday, 21 April 2011

Lawatan Sambil Belajar Staf Taman Pertanian Universiti (TPU) UPM

Pada 21 April 2011, sekitar pukul 3 petang, LTSSB telah menerima lawatan sambil belajar dari staf dan pengurusan Taman Pertanian Universiti (TPU) Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pelawat telah diberi penerangan tentang operasi ladang selain bertukar maklumat dan ilmu pengurusan perladangan.

En. Ariffin memberi penerangan tentang perjalanan operasi syarikat
En. Azizi dari Ibu Pejabat turut hadir sebagai pengiring



Staf-staf yang khusus mendengar penerangan
 Pelawat juga turut dibawa melawat ke kemudahan ladang seperti Kilang Pemprosesan Ubi Kayu, Fidlot, Bunker simpanan makanan serta stor jentera.

Melihat operasi pemprosesan ubi kayu untuk ditukar menjadi cip

En. Rijalana b. Ab. Ghani (Penyelaras Unit Pedaging dan Fidlot, TPU) kiri gambar

En. Azmi Ahmad Yusoff, Ketua Bahagian Peternakan TPU khusyuk mendengar penerangan

Pn. Azlina Mohammad, penyelaras Unit Ternakan Rusa melambai tanda selamat tinggal

Pelawat dibawa keluar dengan kenderaan ladang disebabkan kenderaan bas tidak dapat masuk ke kawasan ladang



Lawatan tamat sekitar pukul 5 petang sebelum rombongan bergerak menuju Kuala Perlis untuk ke Langkawi bagi tentatif seterusnya.

Sunday, 29 August 2010

Lawatan Timb. Pengarah JPV (Kesihatan Veterinar) ke LTSSB





Pada 29 Ogos 2010, bertempat di Ladang Laka Temin Silaj Sdn Bhd, satu lawatan kerja telah diadakan dengan diketuai oleh Datuk Dr. Ahmad Suhaimi Omar, Timbalan Pengarah (Kesihatan Veterinar), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya.

Buat julung-julung kalinya, lawatan dari pengurusan tertinggi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia ini bertujuan untuk meninjau perkembangan syarikat dalam penglibatan industri ternakan dan pengeluaran makanan ternakan.

Yg. Bhg Datuk diiringi oleh Pengarah JPV Negeri, Dr Termizi b. Ghazali dan pegawai-pegawai JPV Putrajaya dan Negeri. Hadir menyambut ketibaan rombongan adalah Datuk Shahabudin Shafie, Pengarah Urusan KLPK, serta pengurus-pengurus KLPK yang lain.

Datuk Timbalan Pengarah dan Pengarah JPVNK meneliti sampel produk makanan ternakan LTSSB

Taklimat dari Pengarah Urusan KLPK

Rombongan yang hadir sedang diberi taklimat oleh Pengurus LTSSB, En. Ariffin

Datuk TKP sedang memberikan beberapa pandangan dan idea berkaitan

Datuk TKP sedang menandatangani Buku Pelawat

Disebabkan lawatan diadakan semasa Bulan Ramadan, tiada jamuan disediakan. Sebagai ganti, hamper berbentuk buah-buahan tempatan yang diperoleh dari kawasan LTSSB diberi sebagai cenderahati.

Datuk TKP bersama Pengarah JPVNK, Dr Termizi