Wednesday 5 June 2013

Penanaman Napier dalam Tanaman Kekal (Getah)

Foraj merupakan sumber makanan utama bagi ternakan. Ia adalah murah dan mudah dikendalikan dengan pemprosesan yang minima. Antara kekangan dalam penghasilan foraj adalah sumber tanah untuk penanaman. LTSSB telah mengatasi masalah ini dengan kaedah penanaman rumput napier di celah tanaman getah (interow planting).


Sebanyak 200 ekar telah ditanam dengan hasil menyamai seluas 65ekar atau 1/3 dari hasil per ekar tanaman biasa. Kaedah ini mendatangkan kebaikan kepada tanaman getah dimana lorong tanaman kurang rumpai dan lebih terjaga. Namun kaedah ini hanya boleh di amalkan sehingga pokok getah berusia 5 tahun. Selepas itu, cahaya matahari kurang menembusi lantai tanah dan sebarang tanaman interow akan kurang subur disebabkan kekurangan cahaya.