Perkhidmatan Kami

Laka Temin Silaj Sdn Bhd menawarkan beberapa perkhidmatan seperti berikut:

Sewaan Kuarantin Haiwan (Sementara)

Lokasi ladang yang berdekatan dengan pintu sempadan Malaysia-Thailand merupakan kelebihan dalam aktiviti pengimportan ternakan seperti lembu dan kerbau. Di sini, kami menawarkan khidmat kuarantin haiwan ternakan yang dibawa masuk ke Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam.

Perkhidmatan ini selaras dengan peruntukan undang-undang Veterinar dimana semua ternakan perlu menjalani tempoh kuarantin bagi saringan penyakit sebelum boleh diedarkan di pasaran tempatan. Stesen Kuarantin Haiwan (Sementara) LTSSB (SKH(S)) sentiasa dipantau oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah dan MAQIS.

Mula beroperasi pada Oktober 2010,  SKH(S) LTSSB mampu memuatkan sebanyak 300 ekor ternakan lembu atau kerbau pada satu-satu masa. Terdapat pelbagai pakej kuarantin yang mampu menepati kehendak pelanggan dengan harga serendah RM2.00 per ekor sehari.

LTSSB juga menyediakan khidmat pemberian makanan ternakan, ubatan dan vaksinasi, serta tagging pengenalan diri (RFID Tag).

Untuk maklumat lanjut, anda dialu-alukan untuk menghubungi kami.

Pintu masuk kuarantin yang berasingan dengan kawasan ladang lain. Wheel dip dan lain-lain kemudahan adalah mengikut spesifikasi JPV

Travis untuk ternakan masuk dan keluar.

Lantai simen sepenuhnya dengan permukaan kasar untuk lebih cengkaman pada kaki ternakan


Ternakan dibawa turun untuk proses kuarantin

Penyelidikan dan Pembangunan

Perkhidmatan ini ditawarkan kepada syarikat yang ingin menjalankan ujian atau "trial" untuk produk makanan ternakan, aditif dan sebagainya. Antara fasiliti yang ditawarkan adalah:
Pengering berbantu Solar (Assisted Solar Dryer)



Pengering ini boleh digunakan untuk pengeringan herba, bijirin, dan lain-lain produk. Haba tambahan dijana dari pemanas diesel yang membolehkan pengeringan dijalankan sepanjang masa tanpa dipengaruhi keadaan cuaca luaran.

No comments:

Post a Comment