Showing posts with label JPV. Show all posts
Showing posts with label JPV. Show all posts

Friday, 20 July 2012

Kemasukan lembu EPP 2012


 Pada 4 JULAI 2012, LTSSB telah menerima 200 ekor lembu betina Brahman dan 10 ekor pejantan baka sama dibawah program EPP5: Peternakan dalam tanaman kekal. Lemb-lembu ini akan dibiakkan di bawah tanaman getah bagi temoh 2012-2022 (10 tahun). Sasaran projek untuk menghasilkan anak-anak lembu bermutu dimana jantan akan digemukkan dalam fidlot dan betina akan dipilih sebagai "heifer".

Kerja-kerja pembersihan kandang dan disinfeksi sebelum ketibaan lembu
 Sebelum ternakan diterima, kandang kuarantin dibersihkan dan disinfeksi bagi memastikan tahap kebersihan maksimum. Dimaklumkan bahawa ternakan dari Australia ini "naive" dan mudah jatuh sakit jika keadaan persekitaran kurang bersih.

Ternakan sampai dan "parking" untuk pemeriksaan JPV di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam



Lapan buah lori (7 treler & 1 lori kecil) digunakan
 Ternakan ini tiba ke Malaysia melalui Pelabuhan Klang dan dihantar terus untuk kuarantin di LTSSB.
Ternakan tiba dalam keadaan baik. Berat purata betina 300kg manakala jantan 350kg
Ternakan sedang menyesuaikan diri dengan iklim Bukit Kayu Hitam yang panas dan lembap.



Pegawai Veterinar sedang melakukan pemilihan ternakan untuk sampel darah selain suntikan P1 untuk vaksin FMD
Unit Kesihatan JPV datang mengambil sampel darah untuk ujian FMD / HENDRA

Bleeding oleh Pegawai Veterinar pada lembu yang dipilih secara rawak

coccygeal Bleeding lebih mudah jika berpengalaman



Semasa vaksinasi P2 pada 18 Julai 2012. Pegawai sedang makan tengah hari sebelum menyambung tugasan



Diharap dengan adanya projek pembiakan lembu EPP ini mampu menampung kekurangan lembu yang diimport dari Thailand selain meningkatkan populasi ternakan di Malaysia.



Wednesday, 20 July 2011

Laporan Pengeluaran bahan makanan ternakan melalui penggunaan Pembancuh Makanan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia


Laporan Pengeluaran bahan makanan ternakan melalui penggunaan Pembancuh Makanan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

Laka Temin Silaj Sdn Bhd telah menerima Pembancuh Makanan (Mixer) berkapasiti 500kg dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 9 Mac 2011. Ia mula digunakan pada awal April selepas formulasi makanan dapat dirumuskan untuk memenuhi keperluan nutrisi ternakan. Produk utama yang dihasilkan adalah Total Mixed Ration (TMR) dan silaj cip ubi kayu (CCS). 

Gambar 1: Mixer dipindahkan pada hari ia diterima dan diletakkan di kilang ubi kayu

Jumlah pengeluaran kesemua produk mengikut bulan dihasilkan adalah seperti berikut:

Bulan
Pengeluaran (kg)
April
3027.0
Mei
730.5
Jun
3718.5
Julai*
2295.0
Jumlah
9771.0
*bagi bulan Julai, pengeluaran adalah sehingga 16hb.
Jadual 1: Pengeluaran produk mengikut bulan

Graf 1: Pengeluaran Bulanan April-Julai 2011

Penerangan
Pengeluaran pada Mei berkurangan kerana bahan mentah utama iaitu ubi kayu sukar dituai kerana keadaan cuaca yang sentiasa hujan pada bulan tersebut. Sasaran bagi bulan Julai adalah untuk menghasilkan sekitar 10MT untuk kegunaan ladang sendiri selain untuk jualan kepada penternak lembu fidlot atau tenusu. Selain daripada silaj cip ubi kayu sebagai makanan lembu, kami juga bercadang untuk membancuh makanan ternakan ayam (grower mix) bagi projek ternakan ayam kampong di Ladang Laka Temin.  


Gambar 2: Pekerja memasukkan bahan  ke dalam mesin penggaul
Kelebihan Mesin
  1. Bahan makanan yang dihasilkan adalah bercampur dalam keadaan sekata (homogenous) dan setiap bancuhan adalah standard tanpa sebarang perbezaan ketara.
  2. Masa campuran lebih cepat (sekitar 2 minit selepas bahan terakhir dimasukkan)
  3. Menjimatkan penggunaan tenaga buruh berbanding menggaul secara konvensional

Kekurangan Mesin
  1. Had bancuhan yang rendah sekitar 100-120kg per bancuhan menghadkan pengeluaran
  2. Kekuatan “mixer” untuk menggaul bahan makanan basah berkurangan disebabkan keupayaan motor yang rendah
  3. Bukaan “outlet” yang kecil hanya membenarkan bahan campuran bersaiz kurang dari 5cm untuk keluar dengan lancar. Saiz yang lebih besar akan menyebabkan “outlet” tersumbat
  4. Struktur bilah “mixer” tidak membolehkan penambahan serat-serat seperti “chopped napier” atau “chopped leucaena leaf”. Penambahan bahan-bahan seperti itu akan menyebabkan ia terlekat di celah mata bilah dan sekaligus campuran yang dihasilkan menjadi tidak sekata

Gambar 3: Campuran silaj cip ubi kayu yang dikeluarkan melalui “outlet

Rumusan
Penggunaan Penggaul Makanan ini dapat menyumbang kepada peningkatan pengeluaran bahan makanan  di ladang. Selain itu, ia dapat membantu mewujudkan bahan makanan baharu untuk ternakan yang lebih seimbang dan menepati keperluan ternakan.

Sunday, 29 August 2010

Lawatan Timb. Pengarah JPV (Kesihatan Veterinar) ke LTSSB





Pada 29 Ogos 2010, bertempat di Ladang Laka Temin Silaj Sdn Bhd, satu lawatan kerja telah diadakan dengan diketuai oleh Datuk Dr. Ahmad Suhaimi Omar, Timbalan Pengarah (Kesihatan Veterinar), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya.

Buat julung-julung kalinya, lawatan dari pengurusan tertinggi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia ini bertujuan untuk meninjau perkembangan syarikat dalam penglibatan industri ternakan dan pengeluaran makanan ternakan.

Yg. Bhg Datuk diiringi oleh Pengarah JPV Negeri, Dr Termizi b. Ghazali dan pegawai-pegawai JPV Putrajaya dan Negeri. Hadir menyambut ketibaan rombongan adalah Datuk Shahabudin Shafie, Pengarah Urusan KLPK, serta pengurus-pengurus KLPK yang lain.

Datuk Timbalan Pengarah dan Pengarah JPVNK meneliti sampel produk makanan ternakan LTSSB

Taklimat dari Pengarah Urusan KLPK

Rombongan yang hadir sedang diberi taklimat oleh Pengurus LTSSB, En. Ariffin

Datuk TKP sedang memberikan beberapa pandangan dan idea berkaitan

Datuk TKP sedang menandatangani Buku Pelawat

Disebabkan lawatan diadakan semasa Bulan Ramadan, tiada jamuan disediakan. Sebagai ganti, hamper berbentuk buah-buahan tempatan yang diperoleh dari kawasan LTSSB diberi sebagai cenderahati.

Datuk TKP bersama Pengarah JPVNK, Dr Termizi