Sunday 1 September 2013

Penggunaan Makanan Ternakan

Makanan ternakan merangkumi 70-85% dari kos pengemukan ternakan. Banyak operasi fidlot gagal mengambilkira kos ini menyebabkan ia gagal di pertengahan jalan. Pemakanan ternakan untuk ruminan mengambilkira keperluan nutrien serta kos dan keboleh-ada-an "availability" produk. Kombinasi "least cost" dan keseimbangan nutrien sering dijadikan sebagai asas pengiraan dalam menghasilkan makanan ternakan.

Di LTSSB, kami mengutamakan makanan ternakan hijau iaitu foraj seperti napier, guinea, jagung dan lain-lain. Selain itu, konsentrat juga diperlukan bagi memastikan ternakan mendapat nutrien secukupnya.


Silaj adalah alternatif termurah sebagai sumber makanan terutamanya di masa kecemasan seperti semasa musim hujan apabila foraj segar tidak dapat di ambil / dituai. Secara keseluruhannya, foraj merangkumi 76% dari keseluruhan makanan yang diberikan kepada ternakan.

No comments:

Post a Comment