Sunday 1 September 2013

Penggunaan Makanan Ternakan

Makanan ternakan merangkumi 70-85% dari kos pengemukan ternakan. Banyak operasi fidlot gagal mengambilkira kos ini menyebabkan ia gagal di pertengahan jalan. Pemakanan ternakan untuk ruminan mengambilkira keperluan nutrien serta kos dan keboleh-ada-an "availability" produk. Kombinasi "least cost" dan keseimbangan nutrien sering dijadikan sebagai asas pengiraan dalam menghasilkan makanan ternakan.

Di LTSSB, kami mengutamakan makanan ternakan hijau iaitu foraj seperti napier, guinea, jagung dan lain-lain. Selain itu, konsentrat juga diperlukan bagi memastikan ternakan mendapat nutrien secukupnya.


Silaj adalah alternatif termurah sebagai sumber makanan terutamanya di masa kecemasan seperti semasa musim hujan apabila foraj segar tidak dapat di ambil / dituai. Secara keseluruhannya, foraj merangkumi 76% dari keseluruhan makanan yang diberikan kepada ternakan.

Harga Lembu Korban 2013 /1434H

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Kami dengan berbesar hatinya menawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk menjalankan ibadah korban sempena Aidiladha tahun 2013 ini ternakan lembu dan juga kerbau.

InsyaAllah ternakan kami cukup syarat dan menepati aspek-aspek korban yang telah digariskan dalam Islam. Ternakan kami dijamin makan dari sumber makanan yang halal (tidak dibiar meragut ke tanah orang lain) selain kualiti makanan yang terbaik iaitu rumput hijau dan juga konsentrat.

Berikut adalah harga yang ditawarkan:

GredBerat (Kg)Purata BeratSeptember
RM/head
A301-3503253500
B251-3002753200
C200-2512252900


Untuk sebarang pertanyaan dan urusan tempahan, boleh berhubung di 04-9310172 atau email di kedahbeef@gmail.com.

Stok adalah TERHAD.