Sunday 11 September 2011

Lembu Kuarantin keluar Khamis 8 November 2011

    
Lembu yang akan dipindahkan ke fidlot dikumpul dalam kawasan kuarantin terlebih dahulu

Lembu-lembu akan melalui jalan yang dikawal dan tertutup untuk memudahkan perjalanan ke fidlot

Purata berat dalam 220-230kg (anggaran pada pandangan kasar)

Lembu dalam perjalanan ke fidlot. Bangunan di belakang adalah stor (kiri) dan pejabat pentadbiran (kanan)

Lembu ini untuk dipasarkan keluar terus. Setiap lembu diperiksa keadaan fizikalnya dan dan ditag (RFID) setiap seekor.

Lembu di dalam laluan keluar (travis) untuk ditag dan dipindahkan ke dalam lori.
Lembu dikuarantin selama 11 hari (28 Ogos-8 Sept 2011). Sebanyak 220 ekor disahkan untuk keluar selepas 10% dari jumlah itu telah dikoyak mulut untuk dipastikan bebas dari FMD. Jualan di kuarantin adalah berdasarkan lot dimana seekor dijual RM1850 tidak termasuk kos penghantaran dan permit.

Kemasukan seterusnya pada Isnin ini (12 September 2011).

1 comment:

  1. Harga yang dinyatakan (RM1850.00 per ekor ) adalah tertakluk pada harga semasa. Kemasukan pada masa hadapan dianggarkan lebih tinggi disebabkan kekurangan stok dan keadaan cuaca di Thailand.

    ReplyDelete