Wednesday 13 July 2011

Lori Thailand

Lori merupakan pengangkutan paling penting dalam industri ternakan lembu ini. Bila lembu dibawa masuk dari Thailand, lori yang digunakan selalunya bergerabak dua. 
 
Lori paling popular digunakan, Isuzu. Bayangkan kuasa nak menarik 30-40 tan sejauh 1600km pergi balik.
Lori "ambik side". Gambar semasa awal kemasukan kuarantin pada 2010
Lori dengan dua gerabak melakukan U-turn dalam kawasan yang cukup sempit.
Co-pilot lori akan memberi arahan untuk merapati loading bay. Kalau silap arahan, Loading bay runtuh, body lori kemek.


Sebelum lembu turun, tali pengikat perlu dibuka. Selalunya drebar ikat cukup kemas sampaikan kita nak buka tak jumpa punca


Ada yang tali dari atas sampai kebawah. Silap ikat maknanya kena kejar lembu terlepas la nanti

Penyambung antara gerabak depan dan belakang. Sebelum dicabut kena tanggalkan kabel angin brek dan kabel lampu signal terlebih dahulu


En. Azhar (kiri, berbaju merah) Pengurus Fidlot dan Kuarantin sedang memeriksa senarai terima.

"Washer" bolt pun cukup menarik
Hiasan menarik pada badan kayu gerabak lori lembu Thailand. Kebanyakannya bermotif hikayat dan dongeng masyarakat siam

Rasanya macam rambo tapi entahla.


Warna ceria, drebar gembira

Plat no lori Siam. Jangan tanya apa maksudnya.

Kalau padat sangat inilah padahnya. Lembu mati atas lori, tak sempat jejak tanah Malaysia

Begitu juga kalau kita tinjau ke ibu kota Thailand, Bangkok. Kebanyakannya outlaw kalau ikut standard JPJ Malaysia.


Lori bangkai. Nampak macam tukun layaknya

Lori untuk kegunaan ladang di Kasersat University. Mulanya ingatkan tukun sahaja, rupanya boleh bergerak mengambil dan menghantar makanan ternakan mereka. Hidup segan, mati liat.
Tak pasti samada lori ini masih berfungsi atau tidak. Memang "stripped" habis.

Lori mengangkut barangan di tengah Bangkok. Cermin digelapkan semaksima mungkin dan stiker berwarna-warni penuh satu badan. Kalau di Bangkok kebanyakan kereta berwarna ceria dan meriah.


Tiada istilah overload bagi drebar Siam. Gambar diambil dalam perjalanan ke Nakhon Pathom, pinggir Bangkok.

Nota: Gambar diambil oleh penulis sepanjang bekerja di LTSSB dan semasa melawat Thailand.

No comments:

Post a Comment