Pada 4 JULAI 2012, LTSSB telah menerima 200 ekor lembu betina Brahman dan 10 ekor pejantan baka sama dibawah program EPP5: Peternakan dalam tanaman kekal. Lemb-lembu ini akan dibiakkan di bawah tanaman getah bagi temoh 2012-2022 (10 tahun). Sasaran projek untuk menghasilkan anak-anak lembu bermutu dimana jantan akan digemukkan dalam fidlot dan betina akan dipilih sebagai "heifer".
|
Kerja-kerja pembersihan kandang dan disinfeksi sebelum ketibaan lembu |
Sebelum ternakan diterima, kandang kuarantin dibersihkan dan disinfeksi bagi memastikan tahap kebersihan maksimum. Dimaklumkan bahawa ternakan dari Australia ini "naive" dan mudah jatuh sakit jika keadaan persekitaran kurang bersih.
|
Ternakan sampai dan "parking" untuk pemeriksaan JPV di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam |
|
Lapan buah lori (7 treler & 1 lori kecil) digunakan |
Ternakan ini tiba ke Malaysia melalui Pelabuhan Klang dan dihantar terus untuk kuarantin di LTSSB.
|
Ternakan tiba dalam keadaan baik. Berat purata betina 300kg manakala jantan 350kg |
|
Ternakan sedang menyesuaikan diri dengan iklim Bukit Kayu Hitam yang panas dan lembap. |
|
Pegawai Veterinar sedang melakukan pemilihan ternakan untuk sampel darah selain suntikan P1 untuk vaksin FMD |
|
Unit Kesihatan JPV datang mengambil sampel darah untuk ujian FMD / HENDRA |
|
Bleeding oleh Pegawai Veterinar pada lembu yang dipilih secara rawak |
|
coccygeal Bleeding lebih mudah jika berpengalaman |
|
Semasa vaksinasi P2 pada 18 Julai 2012. Pegawai sedang makan tengah hari sebelum menyambung tugasan |
Diharap dengan adanya projek pembiakan lembu EPP ini mampu menampung kekurangan lembu yang diimport dari Thailand selain meningkatkan populasi ternakan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment