Berikut adalah produk-produk keluaran Laka Temin Silaj Sdn Bhd:
Ternakan
Lembu Brahman
Baka ini amat popular di kalangan pembeli khususnya penjual daging. Rupa luaran yang standard bagi baka Brahman seperti berikut:
- Rangka badan dari sederhana besar ke besar
- berat purata 250-450kg. Boleh mencecah sehingga 800kg
- warna putih, kelabu, merah atau campuran
- Telinga yang panjang serta bonggol di belakang badan
- Bertanduk atau tidak bertanduk
 |
Lembu jantan baka Brahman |
Lembu Kedah-Kelantan (KK)
Lembu jenis ini diminati kerana saiznya yang kecil serta lebih murah. Tumpuan jualan adalah untuk ibadah akikah, korban serta untuk tujuan kenduri. Spesifikasi lembu KK adalah seperti berikut:
- Saiz badan kecil hingga sederhana besar
- berat purata 180-350kg.
- berwarna coklat kemerahan, hitam atau gabungan warna tersebut
- mempunyai bonggol di belakang badan
- Selalunya dikacuk dengan baka brahman.
 |
Lembu baka Kedah-Kelantan |
Kerbau
Kerbau turut dijual di ladang ini. Harga yang lebih murah dari lembu menyebabkan ia menjadi pilihan pelanggan yang ingin mengadakan kenduri perkahwinan dan lain-lain. Berat daging boleh mencecah sehingga 55% manakala kenaikan berat badan harian boleh mencecah sehingga 1.6kg sehari.
 |
Kerbau dibiarkan berendam setiap hari bagi menggalakkan tumbesaran. |
Produk Makanan Ternakan
Silaj
Silaj merupakan kaedah penyimpanan makanan ternakan yang terdiri dari foraj seperti napier, batang dan daun jagung, daun ubi kayu, petai belalang, nenas, dan sebagainya. Ia diracik dan kemudiannya dipadatkan dalam ruang kedap udara. Antara yang digunakan adalah dalam tong, beg plastik dan sebagainya.
LTSSB mampu menghasilkan sekitar 40 hingga 50MT silaj terutamanya silaj napier mengikut permintaan. Silaj ini selalunya dicampur aditif seperti molasses, EM, urea atau garam bergantung kepada kehendak pengguna.
Tanaman
Ubi Kayu
Ubi Kayu merupakan tanaman utama dengan pasaran tertumpu untuk perusahaan makanan ringan seperti kerepek dan untuk makanan ternakan. Antara varieti yang ditanam adalah:
- Kasersat 50 (K-50)
- Sri Pontian Putih
- Sri Pontian Kuning
 |
Ubi Kayu untuk makanan ternakan. Diproses dalam bentuk cip dan dikeringkan sebelum dicampur dalam makanan ternakan. |
|
|
 |
Ubi Kayu dalam bentuk cip yang sedang dikeringkan |
Benih Napier
Benih napier jenis common sp. dan Napier var. Taiwan.
 |
Benih Napier (planting Material) dipotong sebelum ditanam |
No comments:
Post a Comment