Objektif:
Menanam tanaman kenaf (hibiscus Canabinnus) dan
percubaan untuk dijadikan makanan ternakan iaitu untuk lembu pedaging.
Lokasi:
Ladang
Ternakan Lembu Laka Temin Silaj Sdn Bhd,
Petak 4, PT
74, Mukim Sg Laka,
06050,
Changloon, Kedah
Tarikh
Projek:
10 Mac 2013
hingga 31 Mei 2013
Varieti
yang digunakan:
KB6 dan V36
Keluaran
Mengikut Varieti dan Umur:
Varieti dan
Hari Tuaian
|
Ave.
per m2
|
Ave. per Ha
|
|
Hari ke 45
|
KB6
|
2.8
|
28.0 MT/H
|
V36
|
2.14
|
21.4 MT/H
|
|
Hari ke 50
|
KB6
|
3.26
|
32.6 MT/H
|
V36
|
3.08
|
30.8 MT/H
|
|
Hari ke 55
|
KB6
|
3.66
|
36.6 MT/H
|
V36
|
3.52
|
35.2 MT/H
|
Untuk hari ke 45,50 dan 55, varieti KB6 didapati menghasilkan lebih
pengeluaran atau “yield per Ha” pada kadar 31% (hari ke 45), 6% (hari ke 50)
dan 4% (hari ke 55).
Pengiraan menggunakan kaedah kuadrat dan anggaran adalah berdasarkan
penanaman penuh untuk setiap hektar tanpa selangan atau jarak tanaman (100%
tanaman dalam setiap hektar).
Proses Tuaian
Tanaman dituai setiap hari dari umur 35 hari hingga ke 57 hari dengan
menggunakan “forage harvester” dan juga dituai secara manual sebelum dikerat
dengan “chopper”. Tiada masalah dihadapi semasa tuaian menggunakan “Forage
Harvester” dari usia tanaman 35 hari hingga ke 55 hari tetapi masalah mula
timbul apabila ia membelit mesin semasa umur 56 hari dan ke atas.
Penggunaan Forage Harvester dalam penuaian kenaf
Pemotongan pada aras 9-12 inci dari paras tanah mengambil masa 15-18
minit bagi memenuhkan satu bekas yang beratnya 450kg. Disebabkan kaedah
penanaman secara tabur terus, dianggarkan sebanyak 30-50% kenaf rosak ditindih
tayar traktor kerana ketiadaan jalan (track) atau ruang untuk pergerakan
jentera. Ini dapat diatasi dengan penanaman batas dengan bukaan tanaman 3.5-4
kaki dan ruang tayar 1.5 kaki.
Bagi pemprosesan menggunakan mesin Chopper, tiada masalah dihadapi
dari untuk memproses kenaf berumur 40 hari ke bawah namun masalah mula timbul
pada kenaf berumur 41 hari dan ke atas. Serat yang sukar putus menyukarkan ia
dikerat dan selalu membelit mata pemotong.
Penggunaan Forage Chopper untuk pemprosesan kenaf
Pemberian
makanan kepada Ternakan
Dari
pemerhatian, ternakan menerima baik kenaf yang telah dipotong dari usia 35 hari
ke 47 hari. Selepas itu, penerimaan berkurangan dipercayai kerana kandungan
serat yang agak tinggi dan menyukarkan penghadaman.
Jika
diberikan keseluruhan batang kenaf kepada ternakan, ia akan memakan bahagian
daun sahaja dan bahagian batang yang liat akan ditinggalkan. Jika kenaf itu
dihancurkan/dimesin terlebih dahulu, ternakan tidak akan memilih dan akan makan
kesemuanya.
Satu
pemerhatian hasil dari sembelihan seekor lembu yang telah memakan kenaf
mendapati gumpalan serat dari kenaf dijumpai di bahagian omasum (perut kitab)
dimana sepatutnya tidak berlaku jika proses penghadaman berjalan secara normal.
Disyorkan kenaf yang muda dari umur 40 hari ke bawah digunakan supaya ternakan
dapat menghadam dengan lebih baik.
Ujian
Nutrisi dan Makmal
Hasil dari
ujian kandungan nutrisi yang dijalankan makmal di Institut Penyelidikan
Veterinar Ipoh mendapati kandungan protein kasar berada pada 17% untuk varieti
KB6. Kadar ini sangat sesuai untuk ternakan ruminan dan mampu memenuhi
keperluan harian ternakan tersebut.
Perbandingan Antara Tanaman
Kriteria
|
JAGUNG
|
KENAF
|
NAPIER
|
Kg Benih per Ha
|
15
|
17
|
1186
|
Kos Benih
|
RM703/Ha
|
RM272.00/Ha
|
RM948.80/Ha
|
Persediaan Tanah
|
RM623.25
|
RM623.25
|
RM623.25
|
Hasil/pusingan
|
20-35 MT/pusingan
|
16.4MT/pusingan
|
19.4MT/pusingan
|
Pusingan Tuaian
|
1 Pusingan Shj
|
1 Pusingan Shj
|
6 Pusingan sehingga 3 tahun
|
Jangkamasa Tuai
|
60-75 hari
|
37-45 hari
|
42-60 hari
|
Kelebihan kenaf adalah kos
penanamannya seperti kos benih per hektar adalah lebih murah selain jangkamasa
tuaian yang lebih cepat berbanding tanaman jagung dan napier. Namun, jika
mengambilkira kos jangka panjang, napier didapati lebih murah diikuti kenaf dan
jagung adalah yang termahal.
Hasil pengeluaran bagi setiap pusingan tanaman
kenaf agak rendah berbanding jagung atau napier. Ini mengambilkira jarak tanaman dan
penggunaan ruang tanaman sebanyak 60% untuk tuaian menggunakan jentera “Forage
Harvester”.
Dari aspek kebolehtuaian tanaman,
kenaf mesti dituai dalam ruang masa (time frame) 9-10 hari sebelum ia menjadi
terlalu liat untuk mesin atau jentera. Ini menyebabkan kekangan atau kekurangan
fleksibiliti untuk menyimpan tanaman di padang untuk kegunaan ternakan pada
masa ia diperlukan. Mengambil contoh napier, ia boleh dibiarkan dalam padang
sehingga tiga bulan dan masih boleh dimakan oleh ternakan tanpa mengambilkira
kandungan nutrien dalam makanan tersebut.
Rumusan
Kenaf berpontensi untuk dijadikan
makanan ternakan dengan beberapa syarat berikut:
1. Tanaman dituai dalam tempoh seawal 35 hari bagi memastikan ia
dapat dihadam dengan lebih cekap.
2. Pemprosesan lanjut seperti dibuat pellet atau campuran dalam
bentuk serbuk ke dalam rangsum ternakan.
3. Menggunakan varieti khusus untuk makanan ternakan.